Kali
ini untuk kelas rekreasi HSM 225, kami semua diberi tugas untuk menyiapkan satu
kertas kerja bagi program perkhemahan. Pemberian tugas adalah secara
berkumpulan. Di bawah adalah panduan untuk menulis kertas
kerja.
1.Tajuk program:
Perlu dinyatakan dengan
jelas.
2.Pendahuluan:
Ceritakan serba sedikit tentang aktiviti
yang akan dijalankan.
3.Maklumat program:
Tarikh, masa dan
tempat.
4.Objektif:
Memberikan sekurang-kurangnya 2 atau 3
objektif mengapa aktiviti dijalankan.
5.Penyertaan peserta
terlibat:
Jumlah ahli yang
turut serta.
6.Jawatankuasa
aktiviti:
-Penanung
-Penasihat
-Pengerusi
-Setiausaha
-Bendahari
-Biro-biro kecil: AJK pengangkutan, makanan,
perubatan, logistik, keselamatan dan lain-lain
7.Aturcara
program:
Maklumkan tentatif program.
8.Anggaran
perbelanjaan:
Maklumkan secara terperinci.
9.Penutup:
Nyatakan hasrat dan berterima kasih atas segala urusan yang diluluskan.
Tulis nama, jawatan dan tandatangan pengerusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan