PENGENALAN
1. Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.
1. Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.
2. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-
a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.
b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.
3. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.
4. Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup deertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.
DIFINISI
Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang
atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan
musuh.
OBJEKTIF
OBJEKTIF
Kognitif
· Memperolehi pengetahuan tentang
asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di
gunung-ganang atau sebagainya.
· Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.
· Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.
Psikomotor
· Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.
· Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.
Psikomotor
· Dapat membina tempat
perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dqari bahaya.
· Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup.
· Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik.
Afektif
· Membina keyakinan diri untuk terus hidup.
· Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab.
· Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati keindahannya.
TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP
· Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup.
· Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik.
Afektif
· Membina keyakinan diri untuk terus hidup.
· Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab.
· Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati keindahannya.
TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP
Dalam keadaan ikhtiar
hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau kumpulan.
Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk
terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan
yang perlu diatasi ialah:-
a. Kelaparan
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan
PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan
PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP
Faktor paling
penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk
terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan
sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk
mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini,
peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi:-
1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga.
a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan.
b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui.
c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam.
2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan.
3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut.
4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah:-
a. Perubatan:-
i. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain.
ii. Lomotil untuk cirit birit
iii. Cadusil untuk radang perut.
iv. Antibiotik
v. Ubat gatal
vi. Plaster, pembalut dan ubat luka.
b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:-
i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo.
ii. Bungkusan glukus
iii. Bungkusan gula
iv. Bungkusan garam
v. Pil-pil vitamin
TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN
Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.
UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN
Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:-
1. Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.
2. Gatal-Gatal Kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan.
3. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan.
a. rasa kelat dan sepat
b. rasa loya
c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.
4. Menelan Sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:-
a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang
5. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.
PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN.
Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:-
1. Jangan memendekkan ujian.
2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.
3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan.
4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan.
5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya.
6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan.
7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan.
8. Buah yang masam semuanya boleh makan.
TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN
Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut:-
1. Muntuhkan tumbuhan tersebut dengan cepat.
2. Minum air bersih yang telah dimasak.
3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.
4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.
TEMPAT PERLINDUNGAN
Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.
MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN
Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan.
1 Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang didapati dikawasan tersebut.
2 Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya.
3 Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati.
4 Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati.
5 Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan.
JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGAN
Beberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan hutan yang sedia ada diesuatu kawasan.
1. Pondok Sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang dibina dan untuk
kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti
dibina di atas tanah yang rata dan kering.
2. Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka
waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak
rata.
3. Pondok dalam kawasan Rawang. Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam khemah
BAHAN-BAHAN PEMBINAAN.
3. Pondok dalam kawasan Rawang. Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam khemah
BAHAN-BAHAN PEMBINAAN.
1. Atap . salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:-
a. Daun palas gajah dan palas biasa.
b. Daun rumbia atau nipah.
c. Daun bertam
d. Daun pokok kabung dan enau.
e. Daun mengkuang.
f. Buluh dan kulit kayu
g. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai.
2. Tiang dan Alang. Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat atap.
3. Tali. Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang boleh diperolehi dari hutanam kawasan rawang (berpaya). Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air pasang. .
Awesome . . ! Oklah ni untuk persediaan perkhemahan aku . . . Terima kasih bro Hifzhuddin . . .
BalasPadamtak tahu apa-apa
BalasPadam