Rabu, 12 September 2012

ANATOMI KAYAK

Bahagian-bahagian kayak:
  • Foredeck
  • Coaming
  • Cockpit
  • Aft deck
  • Toggle
  • Foot rest bar
  • Hully
  • Seat
  • Buoyancy
  • Rim
  • Bow
  • Stern

Contoh Gambar :3
 
 
ANATOMI KAYAK
 
 
 
ANATOMI KENU
 
 
 
 
  
 
 
PENDAYUNG KENU / KAYAK
 
 
 
 
Bahagian pendayung



Blade (Bilah mata dayung)
Blade merupakan kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Ia berfungsi untuk mangaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak.



Shaft / Loom / Bar (Batang tengah Pendayung)
Berbentuk bulat dan lurus. Ini merupakan bahagian pemegang pendayung.



Drip Ring (bulatan Getah)
Bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan Neck. Fungsinya sebagai menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung mempunyai Drip Ring.



Neck (leher Pendayung)
Bahagian yang bercantum antara blade dan shaft.



Tip (pelindung mata dayung)
Kepingan logamyang berada di hujung mata dayung. Sesetengah dayung tidak mempunyai logam. Fungsinya untuk melindungi mata dayung (blade) daripada kerosakan akibat hentakan.



Front Of Blade (Permukaan Dayung)
Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.


Back of Balde (Belakang Dayung)
Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung.




 
Jenis-jenis rescue

(X) rescue

Untuk melakukan bentuk 'X' hanya sebuah kayak akan digunakan untuk membantu terbalikkan kayak yang telah capsized. Kita perlu melakukan perkara tersebut untuk mengeluarkan air yang ada dalam cockpit. Setelah air tiada dalam cockpit, rakan yang capsized boleh kembali naik ke dalam cockpit sambil dibantu oleh rakan lain.
 
 



H rescue
Bagi melakukan bentuk 'H' kita perlu menggunakan 2 kayak untuk membantu mengangkat kayak yang telah capsized. Setelah memastikan tiada air di dalam cockpit, rakan yang capsized boleh naik kembali ke dalam kayak dan mendayung seperti biasa.
 
 






 

Selasa, 4 September 2012

Kayak & Kenu

Definisi kayak
Berkayak merupakan suatu aktiviti merentas air dengan menggunakan bot kayak yang kecil dan agak sempit. Bot ini direka secara manual dan dikemudikan dengan menggunakan pendayung bilah double.





Sejarah Kayak & Kenu

Aktiviti berkayak telah dijalankan secara meluas. Manusia pada zaman dahulu telah menggunakan jalan air sebagai sumber pengangkutan utama mereka. Kebanyakan kawasan penempatan manusia dahulu juga berpusat di pinggiran sungai. John MacGregor, bapa kayak moden, telah memberi nafas baru dalam aktiviti kayak dan kenu. Sebelum ini, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, tetapi kini ia merangkumi aspek yang lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan dan pendidikan.


Di Malaysia, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan. Sejarah kayak moden bermula sekitar tahun 1960an dan diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Sekitar tahun 1970an, Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuannya ialah ekspedisi dan pertandingan. Pada tahun 1980an 'Penang Canoe and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kenu pertama ditubuhkan di Malaysia.

Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara.


Perbezaan Kayak & Kenu

Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup. Menggunakan dua bilah mata dayung (double blade) dan di dayung secara duduk berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo.KAYAK






 
 
Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka. Menggunakan satu bilah mata dayung (single blade) dan didayung secara berlutut. Contoh kanu ialah sampan yang digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita. KENU
 
 
 
 
 
 
 
Jenis-jenis kayak
Mandesta (Berbentuk V): Bahagian bawah (hull) berbentuk V, bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada garis/lintasan lurus. Dengan menggunakan perahu jenis ini ia memerlukan keseimbangan yang tinggi, dan perahu jenis ini digunakan dalam pertandingan.
 


Otter sport (Berbentuk U): Bahagian bawah perahu jenis ini berbentuk U atau rata. Perahu jenis ini stabil untuk semua kegiatan air dan sangat memadai bagi mereka yang baru bermula dalam olahraga dayung. Ini disebabkan oleh permukaan bawahnya yang rata. Pergerakannya juga agak lambat sehingga mudah memindahkan haluan depan.


Slalom (Berbentuk O): Bahagian bawah dan atas perahu ini berbentuk O atau bulat. Perahu jenis ini selalu digunakan di arus deras. Bentuknya memudahkan untuk melakukan Teknik Eskimo Roll.
Kayak slalom digunakan dalam keadaan arus yang selok belok. Kayak ini berbentuk pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan berbentuk tajam dibahagian hadapan. Demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestabilan yang tinggi.

 



 



Sabtu, 1 September 2012

Apa Itu Khemah?





            Khemah adalah tempat perlindungan yang boleh digerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain untuk tujuan berehat. Khemah diperbuat daripada kain tebal atau kain layar yang ditegakkan dengan tiang besi atau kayu.Tetapi pada masa kini, kebanyakkan khemah diperbuat daripada nilon yang lebih ringan untuk dibawa dan diurus.




Contoh: Khemah bentuk Dinding
 
 
 




khemah berbentuk dinding sesuai digunakan

untuk perkhemahan berkumpulan.Khemah ini

mempunyai penahan angin atau hujan pada

bahagian tepinya.


Penahan angin :15 - 25 sentimeter

Panjang khemah : 7.75 meter

Lebar khemah : 3.9 4.2 meter (termasuk penahan angin)

Kelebihan : Mudah disimpan, dibawa dan senang untuk didirikan.



CARA PEMASANGAN


• Khemah ini boleh didirikan dengan menggunakan dua batang tiang

dan satu batang kayu bumbung.

• Potong kayu atau buluh, tinggi berukuran 1.2 hingga 1.5 sentimeter

untuk tiang khemah.

• Kemudian, ikat kayu bumbung dengan menggunakan ikat seraya.

• Akhir sekali, helaian khemah dipasang.