Selasa, 4 September 2012

Kayak & Kenu

Definisi kayak
Berkayak merupakan suatu aktiviti merentas air dengan menggunakan bot kayak yang kecil dan agak sempit. Bot ini direka secara manual dan dikemudikan dengan menggunakan pendayung bilah double.





Sejarah Kayak & Kenu

Aktiviti berkayak telah dijalankan secara meluas. Manusia pada zaman dahulu telah menggunakan jalan air sebagai sumber pengangkutan utama mereka. Kebanyakan kawasan penempatan manusia dahulu juga berpusat di pinggiran sungai. John MacGregor, bapa kayak moden, telah memberi nafas baru dalam aktiviti kayak dan kenu. Sebelum ini, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, tetapi kini ia merangkumi aspek yang lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan dan pendidikan.


Di Malaysia, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan. Sejarah kayak moden bermula sekitar tahun 1960an dan diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Sekitar tahun 1970an, Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuannya ialah ekspedisi dan pertandingan. Pada tahun 1980an 'Penang Canoe and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kenu pertama ditubuhkan di Malaysia.

Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara.


Perbezaan Kayak & Kenu

Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup. Menggunakan dua bilah mata dayung (double blade) dan di dayung secara duduk berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo.KAYAK






 
 
Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka. Menggunakan satu bilah mata dayung (single blade) dan didayung secara berlutut. Contoh kanu ialah sampan yang digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita. KENU
 
 
 
 
 
 
 
Jenis-jenis kayak
Mandesta (Berbentuk V): Bahagian bawah (hull) berbentuk V, bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada garis/lintasan lurus. Dengan menggunakan perahu jenis ini ia memerlukan keseimbangan yang tinggi, dan perahu jenis ini digunakan dalam pertandingan.
 


Otter sport (Berbentuk U): Bahagian bawah perahu jenis ini berbentuk U atau rata. Perahu jenis ini stabil untuk semua kegiatan air dan sangat memadai bagi mereka yang baru bermula dalam olahraga dayung. Ini disebabkan oleh permukaan bawahnya yang rata. Pergerakannya juga agak lambat sehingga mudah memindahkan haluan depan.


Slalom (Berbentuk O): Bahagian bawah dan atas perahu ini berbentuk O atau bulat. Perahu jenis ini selalu digunakan di arus deras. Bentuknya memudahkan untuk melakukan Teknik Eskimo Roll.
Kayak slalom digunakan dalam keadaan arus yang selok belok. Kayak ini berbentuk pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan berbentuk tajam dibahagian hadapan. Demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestabilan yang tinggi.

 



 



1 ulasan: