Isnin, 9 Julai 2012

ASAS SAINS SUKAN 2

Pertolongan Cemas 


Kecederaan boleh diklasifikasikan kepada: Kronik & Tenat


Kecederaan yang wujud berpanjangan atau kecederaan yang mengambil masa yang lama untuk sembuk dipanggil kronik. Manakala kecederaan yang berlaku secara tiba-tiba ialah tenat.


 Kecederaan tisu lembut:


Kontusi (contusion)


1. Disebabkan pukulan terus dan menyebabkan cedera pada saluran darah atau


saluran halus putus - lebam dan pendarahan dalaman.


2. Bengkak & pergerakan terbatas.


3. Otot terkoyak (muscle strain) disebabkan oleh pengecutan otot secara tiba -tiba


atau disebabkan ketidakupayaan otot menanggung beban kerja berlebihan.


4. Ianya melibatkan kemungkinan otot atau tendon tercedera dan mengsa merasai


kesakitan di bahagian tercedera.


5. Kekejangan otot (muscle cramp) keadaan di mana otot hilang. Kontraksi buat


sementara dan mengalami muscle spasm menjadikan otot rasa keras dan


mangsa kesakitan.


6. Ianya berpunca dari atlet kurang cergas (dari aspek daya tahan otot),


kekurangan elektrolit (garam mineral) atau dihidrasi dalam badan (kehilangan air).



    Terseliuh


1. Berlaku apabila ligamen sendi terkoyak atau teregang secara tiba- tiba


menyebabkan sendi tidak stabil.


2. Tanda : bentuk ganjil dan cacat, bengkak dan lebam.


TULANG RETAK


          Tulang mengalami pukulan hentakan yang tidak tepat / tidak terus (hentakan sipi)


          Sebahagian tulang retak kerana ulangan.


          Pukulan / hentakan yg kerap


          Kesakitan / kurang selesa pada tulang.





PATAH TULANG


Patah adalah keretakan/putus/kepatahan yang berlaku pada tulang.


Satu kekuatan yang ditujukan kepada mana-mana bahagian rangka badan boleh menyebabkan berlakunya kepatahan/retak.


Patah adalah berbeza mengikut bentuk,saiz dan keterukkan. Patah boleh jadi tidak merbahaya sekiranya kecil tetapi boleh mengancam nyawa dan kehidupan seseorang sekiranya berlaku pada bahagian leher dan pelvis.



Kecederaan Tisu Keras:


Dislokasi (dislocation)


1. Berlaku apabila tulang sendi terkeluar dari asalnya kejadian di mana pergerakan


yang diluar dari julat asal.


2. Menyebabkan ligamen dan tisu teregang, terkoyak atau terkeluar dari tempat


asal.


3. Tanda : bentuk ganjil, hilang daya pergerakan, bengkak.


Konkusi (concussion)


Konkusi ialah hentakan ke atas kepala yang biasanya trauma otak.


Konkusi biasanya berlaku dalam sukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, tinju dan sukan mempertahankan diri.


Kerap kali atlet yang mengalami konkusi akan merasa loya dan hilang imbangan seketika walaupun kes amnesia jarang berlaku. Simptom konkusi tidak jelas kelihatan dan mangsa harus dirujuk kepada pakar perubatan secepat mungkin.


 T..Talking (bercakap)- dapatkan maklumat punca dari mangsa/rakan mangsa/kesan badan


- hubungi pihak pakar dan dapatkan maklumat lanjut tentang apa yang perlu dilakukan


O..Observe (memerhati)- lihat tempat kecederaan dan lihat tanda dan simptom


T..Touch (sentuh)- sentuh dan kenalpasti bahagian terlibat dan lihat reaksinya


A..Active (aktif)- jika reaksi mangsa aktif maka kecederaan tidak kronik atau tenat


P..Passive (pasif)- mangsa pasif, diam atau terkejut


S..Skill (kemahiran)- pergerakan yang boleh dilakukan oleh mangsa ialah mengerakkan ibu jari/kaki/tangan/kepala


R..Rest- rehatkan bahagian yang cedera


I..Ice- letakkan ais yang dibungkus dengan kain. Bagi menurunkan suhu di tempat yang cedera kerana kapilari darah terputus


C..Compression- balut dengan kain bersih, tekanan selama 15 ke 20 minit


E..Elevation- tinggikan bahagian yang dibalut





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




    Apa itu pencegahan kecederaan?


Definisi pencegahan kecederaan memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan.


 Antara prinsip pencegahan kecedaraan adalah seperti berikut:


Prinsip Latihan- Penambahan beban senaman secara beransur-ansur.


Tempoh latihan- Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan


menjadi letih.


Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.


Intensiti


Motivasi


Pengkhususan- Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif.


Relaksasi- Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan.



Rutin


          Memanaskan badan Tujuan- Sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran,melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.





          Ansur maju latihan- Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.


Faedah ansur maju : Memulihkan kecederaan


Meningkatkan perkembangan


Meningkatkan keyakinan diri


          Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan- Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau jogging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar kemahiran asas.


          Keselamatan kemudahan dan peralatan- Berlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.


          Peralatan perlindungan- Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan. Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripada peraturan sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.





Perlaksanaan Prinsip Pencegahan



Penguasaan teknik dengan betul, menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik, menggunakan kemudahan dan pakaian yang bersesuaian, peraturan dan penguatkuasaan undang-undang, pengurusan emosi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan