Rabu, 12 September 2012

ANATOMI KAYAK

Bahagian-bahagian kayak:
  • Foredeck
  • Coaming
  • Cockpit
  • Aft deck
  • Toggle
  • Foot rest bar
  • Hully
  • Seat
  • Buoyancy
  • Rim
  • Bow
  • Stern

Contoh Gambar :3
 
 
ANATOMI KAYAK
 
 
 
ANATOMI KENU
 
 
 
 
  
 
 
PENDAYUNG KENU / KAYAK
 
 
 
 
Bahagian pendayung



Blade (Bilah mata dayung)
Blade merupakan kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Ia berfungsi untuk mangaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak.



Shaft / Loom / Bar (Batang tengah Pendayung)
Berbentuk bulat dan lurus. Ini merupakan bahagian pemegang pendayung.



Drip Ring (bulatan Getah)
Bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan Neck. Fungsinya sebagai menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung mempunyai Drip Ring.



Neck (leher Pendayung)
Bahagian yang bercantum antara blade dan shaft.



Tip (pelindung mata dayung)
Kepingan logamyang berada di hujung mata dayung. Sesetengah dayung tidak mempunyai logam. Fungsinya untuk melindungi mata dayung (blade) daripada kerosakan akibat hentakan.



Front Of Blade (Permukaan Dayung)
Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.


Back of Balde (Belakang Dayung)
Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung.




 
Jenis-jenis rescue

(X) rescue

Untuk melakukan bentuk 'X' hanya sebuah kayak akan digunakan untuk membantu terbalikkan kayak yang telah capsized. Kita perlu melakukan perkara tersebut untuk mengeluarkan air yang ada dalam cockpit. Setelah air tiada dalam cockpit, rakan yang capsized boleh kembali naik ke dalam cockpit sambil dibantu oleh rakan lain.
 
 



H rescue
Bagi melakukan bentuk 'H' kita perlu menggunakan 2 kayak untuk membantu mengangkat kayak yang telah capsized. Setelah memastikan tiada air di dalam cockpit, rakan yang capsized boleh naik kembali ke dalam kayak dan mendayung seperti biasa.
 
 






 

Selasa, 4 September 2012

Kayak & Kenu

Definisi kayak
Berkayak merupakan suatu aktiviti merentas air dengan menggunakan bot kayak yang kecil dan agak sempit. Bot ini direka secara manual dan dikemudikan dengan menggunakan pendayung bilah double.





Sejarah Kayak & Kenu

Aktiviti berkayak telah dijalankan secara meluas. Manusia pada zaman dahulu telah menggunakan jalan air sebagai sumber pengangkutan utama mereka. Kebanyakan kawasan penempatan manusia dahulu juga berpusat di pinggiran sungai. John MacGregor, bapa kayak moden, telah memberi nafas baru dalam aktiviti kayak dan kenu. Sebelum ini, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, tetapi kini ia merangkumi aspek yang lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan dan pendidikan.


Di Malaysia, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan. Sejarah kayak moden bermula sekitar tahun 1960an dan diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Sekitar tahun 1970an, Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuannya ialah ekspedisi dan pertandingan. Pada tahun 1980an 'Penang Canoe and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kenu pertama ditubuhkan di Malaysia.

Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara.


Perbezaan Kayak & Kenu

Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup. Menggunakan dua bilah mata dayung (double blade) dan di dayung secara duduk berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo.KAYAK






 
 
Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka. Menggunakan satu bilah mata dayung (single blade) dan didayung secara berlutut. Contoh kanu ialah sampan yang digunakan oleh kaum Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita. KENU
 
 
 
 
 
 
 
Jenis-jenis kayak
Mandesta (Berbentuk V): Bahagian bawah (hull) berbentuk V, bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada garis/lintasan lurus. Dengan menggunakan perahu jenis ini ia memerlukan keseimbangan yang tinggi, dan perahu jenis ini digunakan dalam pertandingan.
 


Otter sport (Berbentuk U): Bahagian bawah perahu jenis ini berbentuk U atau rata. Perahu jenis ini stabil untuk semua kegiatan air dan sangat memadai bagi mereka yang baru bermula dalam olahraga dayung. Ini disebabkan oleh permukaan bawahnya yang rata. Pergerakannya juga agak lambat sehingga mudah memindahkan haluan depan.


Slalom (Berbentuk O): Bahagian bawah dan atas perahu ini berbentuk O atau bulat. Perahu jenis ini selalu digunakan di arus deras. Bentuknya memudahkan untuk melakukan Teknik Eskimo Roll.
Kayak slalom digunakan dalam keadaan arus yang selok belok. Kayak ini berbentuk pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan berbentuk tajam dibahagian hadapan. Demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestabilan yang tinggi.

 



 



Sabtu, 1 September 2012

Apa Itu Khemah?





            Khemah adalah tempat perlindungan yang boleh digerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain untuk tujuan berehat. Khemah diperbuat daripada kain tebal atau kain layar yang ditegakkan dengan tiang besi atau kayu.Tetapi pada masa kini, kebanyakkan khemah diperbuat daripada nilon yang lebih ringan untuk dibawa dan diurus.




Contoh: Khemah bentuk Dinding
 
 
 




khemah berbentuk dinding sesuai digunakan

untuk perkhemahan berkumpulan.Khemah ini

mempunyai penahan angin atau hujan pada

bahagian tepinya.


Penahan angin :15 - 25 sentimeter

Panjang khemah : 7.75 meter

Lebar khemah : 3.9 4.2 meter (termasuk penahan angin)

Kelebihan : Mudah disimpan, dibawa dan senang untuk didirikan.



CARA PEMASANGAN


• Khemah ini boleh didirikan dengan menggunakan dua batang tiang

dan satu batang kayu bumbung.

• Potong kayu atau buluh, tinggi berukuran 1.2 hingga 1.5 sentimeter

untuk tiang khemah.

• Kemudian, ikat kayu bumbung dengan menggunakan ikat seraya.

• Akhir sekali, helaian khemah dipasang.

Rabu, 1 Ogos 2012

PANDU ARAH

Maksud pandu arah:
Proses atau aktiviti tepat menentukan kedudukan seseorang dan merancang dan mengikuti laluan.




Jalan 5 langkah ke hadapan


Bahaya


Bergerak ke kiri


Tiba di tapak perkhemahan


Ikut arah hujung rumput

Ahad, 29 Julai 2012

IKHTIAR HIDUP (Aktiviti Memasak)

Aktiviti yang dijalankan HSM225 kali ini adalah aktiviti memasak. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah sebagai latihan bagi setiap pelajar untuk berdikari jika tersesat dalam hutan atau tempat yang tidak berpenghuni. Pendedahan aktiviti kali ini sedikit sebanyak mengajar kami cara yang betul dalam memasak jika dalam keadaan darurat.

Sebagai contoh, jika seseorang tersesat didalam hutan, individu tersebut haruslah mempunyai pengetahuan untuk menghidupkan api dengan menggunakan sumber alam semulajadi. Apabila kita peka pada alam sekeliling dan faham langkah sebegitu, proses seperti memasak dan sebagainya akan menjadi urusan yang mudah untuk dilaksanakan.

Berbalik kepada aktiviti memasak, setiap kumpulan diberi tugasan untuk menghidupkan api dengan menggunakan bahan semulajadi seperti ranting kayu, batu dan daun kering dan disertakan bersama arang dan guna alat penghidup api,disamping itu kami juga haruslah mengawal api supaya tidak terpadam.
Bahan yang wajib dimasak adalah:


  • Nasi Putih
  • Ayam Bakar
  • Sayur-sayuran cth: sayur campur
  • Makanan tambahan digalakkan untuk penyedap selera











  • Nampak sedap belum makan lagi sekali cuba mesti nak lagi so kena try la sendiri ok :3
    






PROPOSAL PERKHEMAHAN (Rekreasi HSM 225)


Kali ini untuk kelas rekreasi HSM 225, kami semua diberi tugas untuk menyiapkan satu kertas kerja bagi program perkhemahan. Pemberian tugas adalah secara berkumpulan. Di bawah adalah panduan untuk menulis kertas kerja.


1.Tajuk program:
   Perlu dinyatakan dengan jelas.

2.Pendahuluan:
Ceritakan serba sedikit tentang aktiviti yang akan dijalankan.

3.Maklumat program:
Tarikh, masa dan tempat.

4.Objektif:
Memberikan sekurang-kurangnya 2 atau 3 objektif mengapa aktiviti dijalankan.


5.Penyertaan peserta terlibat:
Jumlah ahli yang turut serta.


6.Jawatankuasa aktiviti:
-Penanung
-Penasihat
-Pengerusi
-Setiausaha
-Bendahari
-Biro-biro kecil: AJK pengangkutan, makanan, perubatan, logistik, keselamatan dan lain-lain

7.Aturcara program:
Maklumkan tentatif program.

8.Anggaran perbelanjaan:
Maklumkan secara terperinci.

9.Penutup:
Nyatakan hasrat dan berterima kasih atas segala urusan yang diluluskan.
Tulis nama, jawatan dan tandatangan pengerusi.

Khamis, 26 Julai 2012

Jerat Sementara

Jenis-Jenis Jerat





Groun Snare




Perangkap ini di buat pada jalur yang selalu binatang datang, untuk itu kita perlu tahu dan dapat membezakan jalan mana yang sering dilalui oleh binatang.
Jerat yang kuat atau menggunakan tali yang bagus seperti kabel, kawat senar pancing tebal dll.






Spring Snare




Perangkap ini menggunakan simpul geser (laso knot) pada tali perangkap. Umumnya untuk binatang yang berukuran kecil, seperti burung dapat digunakan perangkap tali sederhana yang diletakan di atas tanah ataupun digantung. Tali laso yang telah diberi umpan diikatkan pada dahan pohon atau batu yang berat. Sehingga apabila haiwan telah terjerat, tidak boleh pergi kemana-mana lagi.Perangkap ini baik untuk kancil atau binatang yang lebih besar seperti rusa.





Spring Deadfall Trap





Jenis perangkap ini memanfaatkan beban berat (batu atau bongkah kayu) untuk menimpa haiwan yang melintas di bawahnya. Prinsip kerjanya jika haiwan tersebut melintas atau mencuba memakan umpan, tanpa sengaja ia menyentuh sistem perangkap, kemudian beban tersebut jatuh menimpanya. perangakap ini sebaiknya digunakan untuk haiwan karnivor dan perosak seperti tikus
Perangkap lain yang ditujukan untuk menangkap binatang kecil lainya adalah perangkap menimpa. Perangkap ini memanfaatkan berat kayu untuk menindih. Model ini juga dikenal dengan nama Deadfall Snare. Yang diperlukan dalam pembuatan perangkap ini adalah :
a) Batang pohon besar ditumpukan pada kayu pohon lainya yang saling bergantung.
b) Kayu pohon penopang yang saling berhubungan dengan batang pohon besar dan jika salah satu tersenggol, maka yang lain akan jatuh dan menimpa.
c) Umpan yang diletakan dekat dengan kayu pohon penopang dan apabila tergerak, maka kayu pohon penopang akan bergeser sehingga batang pohon besar akan jatuh menimpa.








Spring Spear Trap





Perangkap mosel ini memanfaatkan;
a) Kelenturan dahan pohon.
b) Patok yang diberi lekukan dan dihubungkan dengan tali.
c) Tali laso yang lalu menghubungkan dahan pohon yang lentur dengan patok, sehingga apabila laso goyang maka tali pada patok akan lepas dan dahan pohon akan menarik, hingga akhirnya tali akan menjerat





Bird pole

Set perangkap ini dalam lokasi di mana burung-burung secara alami akan mencari sebagai tempat pendaratan.

Langkah Satu
Mempertajam kedua hujung tiang 6-kaki dan mengebor sebuah lubang kecil di dekat salah satu ujungnya.
Langkah Dua
Potong tongkat 6-inci-panjang yang longgar akan masuk ke lubang. Ikat batu
untuk kabel tipis dan lloloskan kabel melalui lubang di tiang, yang akan
membuat jerat tergelincir pada saat target mendarat pada jebakan.
Langkah Tiga
Ikat sebuah simpul jerat pada tali yang menghubungkan ke batu dan . Ketegangan harus terus dalam posisi. ketika sebuah burung terbang ke bawah dan bertenggek, ia akan menggantikan tongkat, dan batu akan jatuh, dan kaki nya akan tertangkap oleh loop atau simpul jerat melalui
lubang.





Perangkap yang menusuk (spear)

Perangkap ini bekerja dengan menangkapkan sesuatu yang tajam, hingga juga berbahaya bagi manusia.





Funnel Trap




Perangkap Ikan
Ini adalah perangkap ikan yang dibuat sebagai pengarah ikan atau memancing masuk ikan dalam perangkap sehingga ikan tersebut tidak dapat meloloskan diri.
Cara membuatnya adalah
Buat perangkap seperti corong dan kelilingi perangkap dengan batu. Buat celah yang cukup untuk ikan masuk kedalam. Agar ikan tidak dapat keluar letakan batang pohon di tengah celah seperti pada gambar





Trap Menggantung (Hanging Snare)

Perangkap model menggantung ini biasanya memanfaatkan :
a) Kelenturan dahan pohon.
b) Patok yang diberi lekukan dan dihubungkan dengan tali.
c) Tali laso yang lalu menghubungkan dahan pohon yang lentur dengan patok, sehingga apabila laso goyang maka tali pada patok akan lepas dan dahan pohon akan menarik, hingga akhirnya tali akan menjerat.
Perangkap ini ditujukan untuk menangkap binatang yang cukup besar seperti : kelinci, ayam, bebek, dan lain lain.








Trap

Tali Sederhana
Untuk binatang yang berukuran kecil, seperti burung dapat digunakan perangkap tali sederhana yang diletakan di atas tanah ataupun digantung. Tali laso yang telah diberi umpan diikatkan pada dahan pohon atau batu yang berat. Sehingga apabila hewan telah terjerat, tidak bisa pergi kemana-mana lagi.








Trap

Lubang Penjerat
Perangkap ini adalah modifikasi dari perangkap tali dan perangkap lubang. Perangkap ini terdiri dari :
a) Tali laso yang diikatkan pada dahan pohon yang kuat dan diletakan mendatar.
b) Lubang perangkap yang digali, kedalamannya disesuaikan dengan hewan yang akan ditangkap. Mulut lubang disamarkan dengan dedaunan dan laso diletakan di atas dedaunan tersebut.
c) Diberi umpan di atas dedaunan, ditengah laso.








Kombinasi

Trap Lubang dengan Trap Menimpa
Perangkap ini merupakan kombinasi bentuk lubang perangkap dan perangkap menimpa. Perangkap ini terdiri dari :
a) Batang pohon besar untuk menimpa mangsa.
b) Kayu pohon yang saling menopang.
c) Umpan.
d) Lubang perangkap lengkap dengan samarannya.
Cara kerjanya hampir sama dengan trap menimpa, tetapi ketika mangsa tertimpa batang, ia akan langsung masuk ke lubang.








Box Trap









Bowl Trap









Simple Bowl Trap






Model Jerat
Dalam kelas HSM225 yan lalu kami telah mempelajari cara-cara membuat perangkap atau lebih dikenali sebagai jerat,Disini saya bersertakan jenis-jenis jerat atau perangkap beserta dengan model
jerat yang telah kami siapkan dalam kelas HSM225 Rekreasi



Pandangan dari atas


Pandangan dari sudut


Pandangan dari hadapan




Ikhtiar Hidup Dalam Hutan

PENGENALAN
1. Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.

2. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-
a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.

3. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.

4. Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup deertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.

DIFINISI
Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh.

OBJEKTIF
Kognitif
· Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.
· Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.
· Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.

Psikomotor
· Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dqari bahaya.
· Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup.
· Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik.

Afektif
· Membina keyakinan diri untuk terus hidup.
· Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab.
· Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati keindahannya.

TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP
Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:-
a. Kelaparan
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan

PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP
Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi:-

1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga.

a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan.

b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui.

c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam.

2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan.

3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut.

4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah:-

a. Perubatan:-
i. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain.
ii. Lomotil untuk cirit birit
iii. Cadusil untuk radang perut.
iv. Antibiotik
v. Ubat gatal
vi. Plaster, pembalut dan ubat luka.

b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:-
i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo.
ii. Bungkusan glukus
iii. Bungkusan gula
iv. Bungkusan garam
v. Pil-pil vitamin

TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN

Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.

UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN

Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:-

1. Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.

2. Gatal-Gatal Kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan.

3. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan.

a. rasa kelat dan sepat
b. rasa loya
c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.

4. Menelan Sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:-

a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang

5. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.

PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN.

Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:-

1. Jangan memendekkan ujian.

2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.

3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan.

4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan.

5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya.

6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan.

7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan.

8. Buah yang masam semuanya boleh makan.

TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN

Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut:-

1. Muntuhkan tumbuhan tersebut dengan cepat.

2. Minum air bersih yang telah dimasak.

3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.

4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.


TEMPAT PERLINDUNGAN

Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.

MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN

Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan.

1 Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang didapati dikawasan tersebut.

2 Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya.

3 Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati.

4 Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati.

5 Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan.

JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGAN

Beberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan hutan yang sedia ada diesuatu kawasan.

1. Pondok Sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang dibina dan untuk
kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti dibina di atas tanah yang rata dan kering.
2. Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata.

3. Pondok dalam kawasan Rawang. Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam khemah
BAHAN-BAHAN PEMBINAAN.

1. Atap . salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:-

a. Daun palas gajah dan palas biasa.

b. Daun rumbia atau nipah.

c. Daun bertam

d. Daun pokok kabung dan enau.

e. Daun mengkuang.

f. Buluh dan kulit kayu

g. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai.

2. Tiang dan Alang. Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat atap.

3. Tali. Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang boleh diperolehi dari hutanam kawasan rawang (berpaya). Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air pasang. .

Selasa, 10 Julai 2012

Cara Balutan & Jenis Balutan Anduh

Dalam Kelas HSM 225 pada khamis yang lalu kami mempelajari jenis-jenis balutan seperti pembalut
cincin,anduh kecil dan anduh besar.



cara-cara lipatan untuk balutan cincin


Selepas kita menggulungkn kain anduh seperti yang ditunjukkan kita balutkan ia seperti gelang atau lebih senang dipanggil seperti cincin.Balutan cincin ini digunakan untuk menghalang tulang/benda tajam yang tertusuk masuk dalam anggota badan kita supaya tidak bergerak ke tempat lain.




cara-cara membuat balutan anduh kecil

Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas tangan.
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.
cara-cara membuat balutan anduh besar


-Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
-Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

Gambar kami membalut anduh besar/kecil dan juga balutan cincin

Balutan Anduh Kecil



Balutan Anduh Besar

Step 1

Step 2

Step 3

Step 4

Dah siap dipakaikan

Balutan Cincin





dah abis :'(


p/s : sory sebab banyak gambar yg dpat diuploadkn :(