Khamis, 28 Jun 2012

Kecerderaan Tisu Lembut

     Fungsi Asas Kulit

  • Mencegah Jangkitan Penyakit
  • Mengawal Suhu Badan
  • Membentuk Vitamin D
  • Menyinkir Air dan Bahan Kumuh (Urea,Asid Urid dan Garam Berlebihan)
  • Menyimpan Lemak
  • Sebagai Organ Deria
  • Melindungi Dari Sinaran Ultra ungu
  • Mencegah Kecerderaan

      Luka
       
  • Kecerderaan kepada tisu disebabkan oleh benda tajam atau tumpul

         Jenis Luka

  1. Luka Tertutup
  • Kecerderaan kepada tisu di bawah kulit di mana kesinambungan kulit tidak tergangu dan luka tidak dapat dilihat dari luar.Darah juga tidak keluar dari permukaan kulit.

         Contoh2 Luka Tertutup
         
           Kontuse
  • Akibat terkena pukulan yang kuat,pendarahan berlaku dibawah kulit.
         
           Haematoma
  • Pendarahan yang menjadi beku dan menjadi kehitaman

           Luka Terbuka
          
           Luka Terhiris
  •  Disebabkan oleh alat tajam seperti pisau atau kaca,luka senang ditaut kembali dan senang dirawat.Walau bagaimanapun oleh sebab saluran darah di tepi luka telah terpotong mungkin mengalami pendarahan yang banyak.






Klasifikasikan Kecerderaan

KECEDERAAN SUKAN Kecederaan Pada Sistem Tubuh
Sistem Rangka
Sistem Otot
Sistem Sendi
 
Sistem Rangka
 
Fraktur ( retak dan parah
Fraktur tertutup ( patah yang terjadi dalam badan tidakmenyebabkan kulit terkoyak ).
Farktur terbuka ( patah yang menyebabkan tulang terkeluar pada pada permukaan kulit )
 
 
 
Sistem Otot
 
Kontusi (hentakan )
Kekejangan otot
Otak terkoyak
Kecederaan tendon ( otot ke tulang )
Kecederaan ligament ( tulang ke tulang )
 
 
 
Sistem Sendi
 
Dislokasi ( tulang sendi terkeluar dari mangkuk sendi)
Miniskus terkoyak.

Jumaat, 22 Jun 2012

Kecergasan Keseluruhan

       Berdasarkan kepada sukatan pelajaran, Pendidikan Jasmani dibahagikan kepada tiga tunjang utama iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Dalam konsep tunjang kecergasan, ia menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu.

Konsep kecergasan keseluruhan dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan perlakuan. Kecergasan berasaskan kesihatan merangkumi elemen-elemen seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan dan komposisi badan.

Kecergasan berasaskan kesihatan bagi komponen daya tahan kardiovaskular ditekankan kepada murid-murid tahap satu dan tahap dua. Hal ini supaya dapat meningkatkan tenaga murid supaya mereka tidak mudah merasa letih meskipun melakukan pelbagai aktiviti. Antara contoh aktiviti daya tahan kardiovaskular ialah lari ulang alik 10m, lompat ketingting mengejar rakan dan naik turun bangku gimnastik.

Sementara kecergasan berasaskan kesihatan bagi komponen daya tahan otot ditekankan kepada murid tahun dua sahaja. Antara aktiviti yang disyorkan ialah bangkit tubi bengkok lutut, tekan tubi dan melompat dua belah kaki sambil bergerak 20m. Melalui komponen ini, diharapkan murid dapat menambahkan ketahanan kekuatan otot.

Kecergasan berasaskan kesihatan bagi komponen kekuatan ditumpukan hanya kepada murid tahap dua kerana ia memerlukan tenaga yang lebih untuk melakukan aktiviti berasaskan kekuatan. Antara aktiviti tersebut ialah tolak beban berpasangan, tekan tubi dan tolak bahu berpasangan.

Komponen kelenturan pula diutamakan pada setiap peringkat sekolah. Komponen ini ditekankan supaya anggota badan murid-murid akan menjadi lebih lembut. Contoh aktiviti-aktiviti yang disyorkan ialah mengilas badan ke kiri dan ke kanan, melentik badan ke kanan kiri dan belakang dan meregang otot-otot kaki statik.

Komponen terakhir sekali dalam kecergasan berasaskan kesihatan ialah komposisi badan. Komponen ini diajarkan kepada murid tahun enam sahaja. Pada ketika ini, murid-murid mula memahami perkembangan fizikal mereka dan mengetahui tentang keadaan bentuk badan mereka. Oleh itu, guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah mengajar murid bagaimana mengira indeks jisim badan.

Elemen-elemen yang terdapat dalam kecergasan berasaskan perlakuan pula ialah koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindak balas dan kepantasan.

Tujuan utama pengajaran kecergasan berasaskan perlakuan bagi komponen koodinasi ialah membolehkan murid-murid dapat membuat anggaran dengan betul. Kebanyakan aktiviti-aktiviti bagi komponen ini dilakukan dengan bantuan alat. Antara contoh-contoh aktiviti ialah golek dan kawal gelung rotan, lambung dan pukul bola kecil serta golek dan tangkap bola berpasangan.

Komponen imbangan pula diajar kepada semua murid tanpa mengira tahap. Murid akan diajar aktiviti imbangan yang berunsurkan gimnastik. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berjalan dan mengimbang di garisan lurus dan guling depan.

Sementara komponen ketangkasan pula diajar pada murid tahap satu dan tahap dua. Aktiviti yang biasa dijalankan ialah lari ulang alik. Namun demikian, unsur ini boleh dimasukkan ke dalam permainan kanak-kanak seperti main sentuh ekor dan galah panjang. Pada tahap dua, lari zig-zag akan menjadi aktiviti untuk menguji ketangkasan murid-murid. Melalui komponen ini juga, diharapkan murid-murid berupaya memukul dan menangkap bola kecil pelbagai aras dan arah.

Kecergasan berasaskan perlakuan bagi komponen kuasa hanya diajar pada murid tahun enam sahaja. Ketika ini, murid-murid boleh diuji sejauh manakah kuasa setelah menjalankan banyak aktiviti-aktiviti kecergasan. Aktiviti yang biasa dijalankan ialah melontar peluru dan lompat jauh.

Dalam komponen masa tindak balas, guru akan menguji sejauh manakah tindak balas murid terhadap sesuatu rangsangan atau pun objek. Hal ini akan meningkatkan kepekaan dan kelajuan tindak balas murid. Contoh-contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru ialah permainan sebut nombor dan baling pundi kacang secara berpasangan.

Komponen terakhir sekali dalam kecergasan berasaskan perlakuan ialah kepantasan. Komponen ini hanya diajar pada murid-murid tahap dua sahaja. Murid-murid akan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti lari pecut 30m, melantun bola sabil berlari dan lari berganti-ganti 50m.

Apakah itu Sains Sukan

Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi, dan lain-lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi, dan psikologi dalam sains sukan. Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya ia membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.


Sains sukan juga boleh ditakrifkan dalam beberapa perspektif:



  • Akademik / intelektual: sains sukan merupakan satu ilmu pengetahuan yang memfokuskan kepada pelbagai teori, prinsip, dan kajian yang melibatkan sains. Pelbagai konsep dijanakan daripada bidang sains seperti anatomi, fisiologi kinesiologi, dan sebagainya.



  • Generik / kontemporari: sains sukan selalunya dipandang sebagai satu cabang ilmu daripada pendidikan jasmani. Memang tidak boleh dinafikan bahawa kedua-dua subjek mempunyai banyak persamaan. Akan tetapi, objektif masing-masing adalah tidak sama.



  • Program Sains Sukan Kebangsaan : sains sukan adalah aktiviti kesukanan yang direka bersesuaian dengan hasil kajian sains.


Sains Sukan adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat kerana konsep-konsep yang diterap dapat membantu jurulatih bahkan pelatih dalam meningkatkan teknik-teknik dalam bidang kesihatan dan jasmani. Dalam hidup harian, kita sentiasa melalukan senaman dan kerja-kerja ringan. Kesemua aktiviti ini memerlukan teori sains sukan untuk memperbaikinya jika terdapat kesilapan semasa melalukannya. Contohnya, postur duduk dan cara mengangkat barang berat perlu disokong dengan teori sains yang mantap. Di Malaysia, subjek "sains sukan" boleh diambil oleh pelajar yang menduduki Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Namun, buku rujukan terhad dan secara tidak langsung ramai terpaksa mencari maklumat dari pelbagai sumber.

Khamis, 21 Jun 2012

Konsep, Definisi dan Kepentingan Sukan Rekreasi

                         Konsep sukan rekreasi

        Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri sememangnya digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman.
Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri.
Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara mereka.
Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni deperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya.
Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu, pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.
Definisi
Menurut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap.
Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang dimasa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan.
Kesenggangan pula memebawa maksud masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan member kepuasa dalam diri individu.
Kepentingan rekreasi dalam kurikulum sekolah
Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti rekreasi juga dititikberatkan kepada murid. Oleh sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sukan rekreasi diselaraskan di sekolah bagi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Sekiranya para pelajar atau murid sentasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, ia dapat mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial yang sihat.
Sekiranya murid sentiasa mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan di sekolah, dengan itu murid akan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan gejala sosial bersama rakan sebaya.
Apabila seseorang murid sentiasa aktif dalam sukan rekreasi, murid tersebut akan dapat mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana murid dapat berfikir dengan tenang dan menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan itu murid tersebut tidak akan banyak menimbulkan masalah di sekolah.
Selain itu, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan para guru dan rakan-rakan mereka di sekolah dengan lebih baik lagi. Dengan ini murid dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka saling bekerjasam dan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi.


REKREASI PADA PERINGKAT KEBANGSAAN & ANTARABANGSA

1.Kursus Rekreasi Luar Tahap 1 Peringkat Negeri Kedah 2009. (Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Kembara Negeri Kedah bertempat di Gua Kerbau, Kodiang pada 8 hingga 11 April 2009).

2.Kursus Pemimpin Rekreasi Luar Tahap 3 Peringkat Kebangsaan 2010.(Pada 27hb Julai 2010 yang lalu, Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort bersama Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah berjaya menganjurkan Kursus Pemimpin Rekreasi Luar Tahap Tiga (3) Peringkat Kebangsaan Tahun 2010 bertempat di Membakut Nature Resort, Membakut, Sabah).